Saturday, October 30, 2010

SIRI JELAJAH " Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan - Suatu Pengkisahan"

Pendahuluan

    * ‘TUN ABDUL RAZAK, BAPA PEMBANGUNAN - SUATU PENGKISAHAN’, diyakini dapat memberi peluang mengetahui, mengenal  dan memahami sejarah perjuangan tokoh agung ini dan sumbangan besar  beliau terhadap agama, bangsa dan negara.
      
    * Untuk mendapatkan maklumat berkaitan YABhg Tun Abdul Razak secara terus (maklumat primer) daripada orang perseorangan yang dekat dan kenal dengan YABhg Tun yang turut akan dirakamkan dalam bentuk audio visual, yang  kemudiannya dapat dibuka kepada penyelidik untuk rujukan penyelidikan.
      
    * Memupuk kesedaran dan penghargaan serta jati diri kepada generasi muda dan rakyat majmuk tentang perjuangan bangsa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu

Objektif  Program

    * Untuk membongkar maklumat berkaitan YABhg Tun Abdul Razak secara terus daripada orang perseorangan yang dekat dan kenal dengan YABhg Tun sebagai Perdana Menteri dari 1970-1976 dan  mengupas cabaran dan kejayaan pentadbiran negara di bawah Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei sehingga terhasilnya pembinaan semula perpaduan masyarakat yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan ‘Rukun Negara’ sebagai ideologi penyatuan rakyat menerusi pembentukan ‘Barisan Nasional’ yang disusuli dengan Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
      
    *    Untuk merekodkan maklumat lisan daripada tokoh-tokoh bagi melengkapkan maklumat bertulis berkaitan YABhg Tun yang sedia ada di Arkib Negara Malaysia bagi menerbitkannya pula dalam bentuk pelbagai dokumentasi.
      
    *   Sasaran penonton meliputi belia-belia dan generasi muda Negeri Pahang.
    *   Merungkai semangat kesefahaman perjuangan di kalangan masyarakat majmuk dan memupuk semangat menghormati pemimpin.

 Latar Belakang

    * YABhg Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976).
     
    * Merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976.
    * Beliau dimasyhurkan sebagai pencetus Dasar Ekonomi Baru (1971) dan pembentukan Barisan    Nasional.
    * Mengujudkan FELDA bagi memperjuangkan nasib orang Melayu.
    * Allahyarham sentiasa akan dikenang sebagai "Bapa Pembangunan Malaysia”.  
      
Konsep

  • §Pengkisahan
    Sesi pengkisahan sejarah, mengupas kehidupan dan perjuangan YABhg Tun Abdul Razak oleh tokoh-tokoh yang terdekat dengan YABhg Tun, kemudian diikuti oleh sesi soal jawab bersama panel pengkisah.
  • §Pementasan Teater dan Persembahan Docudrama
    Sesi Pementasan dan Persembahan Docudrama melalui audio visual akan diselang-selikan dengan acara pengkisahan agar ianya dapat memberi kesan yang mendalam terhadap perjuangan YABhg Tun dan akan sentiasa terpahat di hati  penonton agar dapat menghargai  perjuangan pejuang  ‘Bapa Pembangunan’.
  • §Terowong Masa
    Pameran audio, video dan grafik menggambarkan perjalanan kehidupan YABhg Tun Abdul Razak. Pameran disusun mengikut alur masa kejadian berlaku dengan penekanan terhadap
    ‘milestone’ yang memberi kesan paling ‘signifikan’
    terhadap negara.

Harapan
  • §Majlis pengkisahan ini amat bermakna kerana ia dapat memberi peluang kepada generasi muda khasnya belia-belia untuk menyelami dan memahami mengenal sejarah perjuangan dan sumbangan besar YABhg Tun Abdul Razak kepada agama, bangsa dan negara.
  • Bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang ditekankan oleh kerajaan, perhargaan dan kefahaman terhadap perjuangan YABhg Tun Abdul Razak secara langsung memberikan kefahaman terhadap peri penting perpaduan kaum dan kestabilan negara dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
  • §Meninggalkan kesan di hati bagi setiap peserta tentang erti perjuangan.

Penaung

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Penasihat

Y Bhg Tan Sri Sabbaruddin Chik
Y Bhg Dato’ Khalil Akasah
Y Bhg Datuk Zakaria Dato’ Ahmad
Y Bhg Encik Abdul Aziz Hj Mohammad Yassin

Penasihat Khas

Y Brs En Mohamed Salleh

Jawatankuasa Penganjur

Pengerusi
Y Bhg Tan Sri Sabbaruddin Chik

Ahli-Ahli Jawatan Kuasa
Y Bhg Tan Sri Sanusi Junid
Y Bhg Datuk Zakaria Dato’ Ahmad   
Y Bhg Dr Agus Salim
Y Bhg Dato’ Khalil Akasah
Y Bhg Encik Phang Kong Hee
Y Bhg Encik Abdul Aziz Hj Mohammad Yassin
Y Brs En Azam Ismail Bakri
Y Brs Pn Suziyana Natasya Abdullah
Y Brs En Mohamed Salleh

Perlaksanaan Program

Penerapan program ini telah pun melalui dua daripada tiga tahapan iaitu
Pra-Program dan Hari Perasmian-Program :
PRA - PROGRAM :
Pra-Pelancaran :
Tarikh     :   14hb Julai 2010
Tempat   :   Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, Jalan
              Perdana, Kuala Lumpur
Pengisian :   Persidangan Akhbar, Mini Pameran, Teater dan Jamuan
                   Ringan
Sesi Pra“Road Show” ke sekolah-sekolah dan universiti :
Tarikh     :   10hb Julai 2010
Tempat   :   UM, UiTM, UPM, UKM, SMK Seks 5
Pengisian :   Mini Pameran, Edaran Bahan Promosi, Kuiz dan Hadiah
                   dari Arkib Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment

Post a Comment